Saturday, May 31, 2008

Sedikit perkongsian, COPD

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.


Saya sebetulnya kebosanan membaca dan membaca perkara yang sama, mengulang dan mengulang tanpa dapat mengingati apa-apa daripada apa yang dibaca. Justeru menghilangkan sedikit kebosanan itu apa kata saya berkongsi cerita perkara yang membosankan ini dengan teman-teman semua, seperti kata As, sharing is caring, dengan berkongsi, kegembiraan akan bertambah, kesedihan akan berkurang dan kebosanan, mungkin saya makin kurang bosan dan kamu semua pula yang merasainya

Baik saya nak bercerita tentang pulmonary disease. Lebih kecil scopenya adalah obstructive pulmonary disease.

Umum mengetahui paru-paru kita adalah suatu organ yang penting untuk pernafasan. Disitulah berlakunya proses-proses yang dikenali sebagai Ventilation, Perfussion dan Diffusion,

Ventilation : Suatu proses masuk dan keluarnya udara daripada alveolus. Masalah yang sering terjadi dalam proses ini adalah apabila seseorang itu merasa sukar untuk bernafas, hypoventilation atau terpaksa bernafas dengan lebih kerap, hyperventilation.

Baiklah, saya tidak mahu menyentuh tentang hyperventilation, kita bercerita tentang hypoventilation, ada dua keadaan yang akan membawa kepada keadaan ini.

Pertama: Restrictive, alveolus sukar untuk mengembang disebabkan oleh pulmonary fibrosis, pleural effusion dan pneumothorax.

Kedua: Obstructive, ha yang ni saya nak lebih bercerita hari ini, keadaan dimana, saluran pernafasan ini tersekat menyebabkan seseorang berasa sukar untuk bernafas. Contoh penyakit yang sering membawa kepada keadaan ini adalah COPD, Bronchial Asthma dan asthmatic bronchitis.

COPD

Chronic Obstructive Pulmonary Disease adalah keadaan di mana, seseorang itu menghadapi kesukaran bernafas, dyspnea akibat kombinasi keadaan yang dihadapi iaitu:

Chronic bronchitis : Terlebih penghasilan mukus pada saluran pernafasan menyebabkan batuk yang berterusan paling kurang selama 3 bulan secara berterusan atau selama 2 tahun.

Emphysema : Patologi udara yang terkumpul pada tisu atau organ badan. Dalam kes ini kita merujuk kepada abnormal distention of air spaces distal to terminal bronchioles with destruction to alveola septa. Tak reti untuk saya terjemahkan kepada bahasa ibunda.

Ok, jadi begitu, so apa yang membawa kepada keadaan ini, kita mulakan dengan chronic bronchitis.

Chronic Bronchitis secara teorinya dikatakan berlaku kepada mereka yang terdedah kepada pencemaran udara, merokok dan pekerjaan yang bergelumang dengan habuk yang menyebabkan chronic irritation kepada saluran pernafasan. Jangkitan kuman pada sistem ini juga akan menjadi faktor penggalak berlakunya gejala ini.

Seseorang akan melalui tiga peringkat :

Pertama: Simple chronic bronchitis, penghasilan mukus yang tinggi pada saluran pernafasan hasil daripada aktiviti goblet cells

Kedua : Mucopurulent stage, pada tahap ini, terhasilnya mucus yang dijangkiti kuman atau bakteria seperti H Influenza atau Pneumococci.

Ketiga: Chronic Obstruction, di mana telah berlakunya penebalan, fibrosis, squamous metaplasia pada saluran pernafasan, dan hypertrophy pada otot otot bronchus.

Apa yang dapat kita lihat kepada pesakit adalah; Pesakit akan sentiasa batuk dan mengeluarkan mukus yang bewarna putih dan mungkin dalam kadar yang sedikit dan jika adanya jangkitan mukus tersebut mungkin akan berwarna kuning.

Pesakit juga akan berasa sukar untuk bernafas dan sakit pada bahagian dada disebabkan oleh batuk yang kuat. So itu simptom-simptom yang akan selalu dirasai oleh pesakit, tak perlu saya ceritakan sign-sign di sini yang lebih medical nanti semua pun akan jadi terlalu bosan pula. Untuk pastikan diagnosis ini, kita akan lakukan clinical examination dan investigation yang melibatkan, Xray, ECG,Respiratory Fuction Test, dan Blood gases untuk kesan sama ada sudah mendapat respiratory failure atau belum.

Apa ubatnya? Biasanya doktor akan berikan mucolytic dan expectorant kepada pesakit untuk memudahkannya mengeluarkan kahak yang terhasil, juga diberikan bronchodilator yang berupa Beta 2 agonist, ipratropium bromide atau aminophylline untuk memudahkan pernafasan. Steroid juga boleh diberi jika terlalu sukar untuk bernafas. Antibiotic untuk elakkan berlakunya jangkitan. Dormicilliary O2 untuk hypoxemic patients dan jika terlalu teruk boleh lakukan pemindahan paru-paru.

Itu tentang Chronic bronchitis, tidak lengkap COPD ini jika saya tidak bercerita tentang Empysema. Apa itu emphysema? Ya keadaan apabila hujung brochus itu terlalu mengembang dan menyebabkan udara tersekat kerana dinding alveolus yang telah roboh.

Kita teruskan, antara komponen yang membina dinding alveolus adalah suatu bahan yang dikenali sebagai alpha 1 antitrypsin. Kurangnya bahan ini akan menyebabkan masalah kepada struktur tersebut justeru akan menyebabkan masalah terhadap pertukaran udara di dalam peparu. Antara faktor penyebabnya adalah merokok kerana padanya ada enzyme protease yang dapat mengurangkan kandungan alpha 1 antitrypsin pada pesakit tersebut.

Apa yang akan dialami oleh pesakit adalah lebih kurang sama dengan keadaan yang dialami bagi mereka yang mengalami chronic bronchitis iaitu sukar untuk bernafas, sakit pada bahagian dada dan mungkin akan menunjukkan tanda respiratory failure iaitu hypoxia, kurang oksigen. Untuk pesakit emphysema, tiada ubat yang dapat diberikan kecuali memberikan suntikan alpha 1 antitrypsin jika memerlukan.

Jadi begitulah ya, suatu kisah tentang COPD ini, dan biasanya mereka yang menghadapi COPD ini akan membawa kepada komplikasi rosak peparu, jantung dan boleh membawa kepada kematian, Justeru sepertimana yang kita selalu dengan, prevention is better than cure, jadi kalau yang merokok tu, kurang-kurangkanlah merokok dan kalau boleh berhentilah terus.

Baiklah, sudah kurang sedikit kebosanan ini, mengantuk pun dah kurang, lepas ni boleh teruskan cari maklumat tentang bronchial asthma dan asthmatic bronchitis, lebih kurang je keadaan pesakit yang akan kita dapati kerana semuanya akan mengalami sukar untuk bernafas, tapi di situ ada perkara-perkara yang membezakan mereka dari segi sebab berlaku, komplikasi, ujian-ujian yang ditemui dan cara untuk kita mengubatinya.

Baiklah sekian perkongsian kebosanan ini, moga jumpa lagi, rajin-rajinlah study.

Jazakumullah khairan kathiraa…

No comments: