Saturday, May 24, 2008

Jadual Exam...

KLIK UNTUK TUMBESARAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.


Sedar tidak sedar, sudah lima tahun lamanya saya berkelana di bumi Mesir ini,semakin dekat untuk saya meninggalkannya dan semakin rapat pula untuk saya menghadapi peperiksaan akhir tahun lima yang akan menjelang tidak lama lagi. Itu saya. Sementara adik-adik di tahun-tahun yang lain ramai antaranya yang sudah lama menduduki perperiksaan akhir masing-masing dan sekarang sedang berada di pertengahannya. Ramai pula yang baru memulakan ujian bertulis mereka hari ini dan adik saya sendiri insyaAllah akan memulakannya pada esok hari.

Dalam menghadapi ujian yang dinamakan peperiksaan akhir tahun ini pastinya semua orang menghadapinya dengan pelbagai rupa dan gaya. Ada yang cukup bersemangat menghadapinya, bersedia dengan segala upaya yang ada agar natijah yang diperoleh adalah suatu yang dapat dibanggakan. Tidak kurang pula yang segan untuk belajar lebih-lebih dan hanya bersedia ala kadarnya sahaja dengan harapan dan tawakul yang tinggi agar Dia tetap memberikan keputusan yang baik dalam peperiksaan yang akan dihadapi nanti. Begitulah yang berlaku dalam diri setiap kita.

Sedar atau ingat, kita sering diberikan perumpamaan bahawa semua peperiksaan kita hadapi di dunia ini layaknya untuk kita analogikan sebagai antara ujian-ujian dan cabaran yang akan kita hadapi sepanjang kehidupan di dunia ini, bersedianya kita untuk peperiksaan akhir, begitulah perlunya untuk kita bersedia bila menghadapi pelbagai rencam dan mehnah hidup di dunia ini. Takut bila sikap endah tak endah dan bersedia biasa-biasa sahaja yang kita amalkan ketika mahu menghadapi peperiksaan akhir tahun ini juga kita amalkan ketika menghadapi ujian hidup yang berbentuk praktikal dan amali 100% ini yang akhirnya menatijahkan kehidupan kekal di akhirat samada bahagia atau sengsaranya kita di sana.

Justeru apa yang saya harapkan di sini, dalam apa jua yang kita hadapi, berusahalah bersungguh-sungguh, bersedialah penuh upaya kerana sunnahNya sentiasa mengatakan bahawa siapa yang berusaha akan berjaya, siapa yang bersungguh akan mendapatkannya dan siapa yang menanam akan menuainya. Bersedialah dan letakkanlah niat yang ikhlas bahawa apa yang kita usahakan itu adalah keranaNya dan untuk mendapatkan redha dariNya. Itulah pahala, itulah bekalan yang kita ingin bawa ketika bertemu Allah nanti. Dan jangan terkejut jika saya katakan, mungkin keikhlasan kita menuntut ilmu itu adalah lebih baik daripada amalan-amalan sunat yang kita perhatikan punya tempat yang tinggi di sisiNya seperti sembahyang sunat, membaca quran, bersedekah dan sebagainya. Moga apa yang kita lakukan ini adalah suatu perkara yang dapat menyukakanNya dan moga kita mendapat kedudukan yang terbaik di sisiNya.

Ya, kadang-kadang kita berasa stress, kadang-kadang kita berasa lemah dan kadang-kadang kita menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang kita baca dan cuba hadami. Kita ada Dia bukan? Selalulah berdamping denganNya, sentiasalah punya ikatan hati dengannya setiap masa dan setiap waktu dan semoga dengan itu kita merasa ketenangan dalam studi-studi kita.

Baiklah, doa dan mohon saya moga semua pun dapat menghadapi ujian dunia ini dengan baik dan mendapatkan natijah yang terbaik. Buat adinda yang tercinta, moga dipermudahkan dan mendapat futuhat dariNya dan untuk diri sendiri, berusahalah, moga kejayaan milikmu.

Jazakumullah Khairan Kathira...

4 comments:

Anonymous said...

selamat menghadapi imtihan
semoga dengan keberkatan ilmu, dr kadir akan menjadi seorang doktor yg selamat

Iqbalmunauwir bin Ab Rashid said...

insya-allah kadir...banyakkan doa dan usaha...

dalam doa tu, jangan lupe doakan kitorang skeali...lagipun, xm kitorang lagi dekat...macam aku cakap semalam; 31, 7, 14, 16, 18, 23...

SYIDDI HALKU SUMER...RABBUNA MA3AKU...ALLAH YUSAHHL...

As said...

bile rase susah, ingatlah pertolonganNya sentiasa hampir :)

Dr Kadir said...

To Hanani: Ameen, moga kita berjaya dalam bidang yang kita ceburi.

To Iqbal: Entry ni mmg utk korang2 yang nak xm dalam masa terdekat ni pun. Tapi mmg la utk diri sendiri jugak. InsyaALLAH moga semua pun tak tensi2 ya. Moga korang semua mumtaz tahun ni insyaALLAH

To NMZ: jzkk. ingat!ingat! dan ingat insyaALLAH...