Saturday, May 10, 2008

Secebis bingkisan rasa... :)

Dalam detik hari yang berlalu,
Aku semakin sunyi,

Dalam detik hari yang berlalu,
Aku semakin sepi,

Dalam detik hari yang berlalu,
Aku lebih suka menyendiri,

Kutanyakan pada diri,
Apa yang kufikirkan kini,
Apa yang membawa aku berasa ingin jauh dari manusia dan seluruhnya ini,

Adakah kerana banyaknya bebanan yang kupikul kini,
Adakah kerana bertimbunnya masalah yang kuhadapi kini,
Adakah kerana aku semakin jemu dengan sikap manusia dan masyarakat yang memerhati.

Moga aku kuat,
Moga aku ingat,
Moga aku mampu,
Menghadapi hari-hari yang dihadapi,
Dengan penuh Ceria, Segar dan berbakti
Dalam jiwa hamba kepada Rabbi,
Cinta penuh hakiki.

Buat sahabat-sahabat di sisi,
Maafkan aku dan bantulah aku mengatasi segala tribulasi diri.

Al Faqir ila 'afw rabbih,
Tengku Abdul Kadir Tengku Zainal Abidin,
Sayeeda Zainab Cairo,
10:24 pagi,sebelum ke round GIT

3 comments:

Anonymous said...

salam motivasi

SARAH SHAMSUDIN said...

dalam menyendiri..jgn sampai tenggelam dalam diri sendiri..ana juga lebih suka menyendiri..melihat dan memerhati fenomena yang berlaku diluar sambil menghayati makna diri..

As said...

best..suke nukilan ;)

replied to u, and updated :)

Moga Dia hadirkan kekuatan tuh! Ameen.