Dia...
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
Bosan sungguh round GIT yang saya lalui sekarang. Bukan sahaja doktornya yang selalu lambat, case yang dibincangkan pun hampir serupa, balik-balik bilharzia mengundang jemu di hati saya. Justeru hampir seminggu lamanya saya berziarah ke round rheumatology, sekurang-kurangnya dapat lihat case rheumatology dan berkenalan dengan beberapa kenalan arab baru. Ada 3 orang Romy yang saya berkenalan di situ.
Itu cerita seminggu yang lalu, tapi kini terasa rindu pula kepada si GIT lalu sekembali dari round ke rumah, saya terus mencapai dan membelek-belek buku GIT saya karangan Dr Osama Mahmoud ini. Menarik!.
Dalam membelek-belek buku tersebut saya sampai ke muka terakhir, di situ ada satu catatan yang saya sendiri tak pasti siapa yang menulisnya. Emmmm mungkin Idil kot. Tulisnya, "Soalan, Andai berpeluang jumpa Rasul nak kata apa?"
Saya tergamam seketika, mentafsir, mengamati, mengingati siapa Rasul yang dimaksudkan, akhirnya saya menyebut, "I love you!" . Dalam kepala saya, pastinya Rasul yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad SAW.
Terasa kerdil diri ini, terasa hina diri ini dan tidak pasti bagaimana kedudukan saya di sisi Allah dan rasulnya kini apatah lagi untuk saya berjumpa Rasul Allah yang cukup mulia ini, bermimpi pun tidak. Mengenang susah payah baginda, pengorbanan baginda buat umat, penat jerih baginda menegakkan risalah ini hanya orang yang bodoh dan tidak berakal sahaja yang tidak cintakan baginda. Sedang saya sendiri, apalah yang telah saya lakukan hingga hari ini? Tapi itulah... moga rasa cinta ini subur dan terus mekar membunga di taman hati saya. Sekurang-kurangnya baginda pernah berjanji untuk meletakkan orang-orang yang mengasihi baginda bersama-sama baginda di syurga kelak. Harap dan penuh harap!...[Sebak]
Fikrah...
Tadi singgah sekejap ke laman saiful islam, alhamdulillah hari ni ada satu artikel yang cukup baik untuk semua,pernah juga terfikir untuk membicarakannya tapi alhamdulillah Us Hasrizal dan post dulu. Moga bermanafaat dan sama-samalah kita jernihkan fikrah yang ada dan yang penting jelas dan faham apabila berjemaah. Saya? InsyaAllah saya jelas dan faham apabila saya memilih untuk bersama-sama jemaah yang saya dokongi selama ini dan moga saya terus thabat dengan jemaah yang saya pilih atas dasar jelas dan faham ini. Anda pula bagaimana. Ilalliqa'
Jazakumullah Khairan Kahtira...
PS: Dan hari ini juga saya kembali mula berpuasa sunat,lama benar tak puasa, seingat-ingatnya hampir dua bulan tak puasa. Teruk kan? Moga diterima segala amalan...
No comments:
Post a Comment