Wafi: Hai... penat betul lah, kene taik burung lagi baju ni.
Saya: Tak apa wafi, boleh bawak sembahyang lagi, tak najis
Wafi: ye ke?
Saya: Ya, hari ustaz Hairul ada cakap, kira dimaafkan.
Wafi: Tapi tak sampai la maksud aku basuh baju ni kan?
Saya: Ayyark! (Tergelak saya dan idil mendengarkan kata-kata wafi tu)
Sekadar selingan...
Hari ini saya menduduki clinical exam untuk round cardiology. Alhamdulillah. dapat lalui dengan baik. Sedih sebenarnya. memanglah boleh jawab dengan baik cuma semuanya patient tu yang tolong jawabkan. Sememangnya patient-patient di sini memang suka membantu pelajar-pelajar mendapatkan jawapan untuk setiap case yang dilalui.Mungkin hari ini mereka membantu pelajar itu untuk mendapatkan jawapan namun saya tidak pasti ia mampu untuk membantu pelajar tersebut menjadi seorang doktor yang baik pada masa hadapan ataupun tidak.
Saya awalnya cuba untuk tidak mengikut apa yang dicakapkan oleh patient tersebut sebelum benar-benar menjumpai apa yang dicari. Dan apabila kurang pasti dengan sign yang dicari saya menulis sahaja apa yang disebut oleh patient itu.
Case Pertama:
Auscultate the base of the heart
- harsh versicular, ejection systolic murmur, aortic stenosis.
ECG : Comment on ST segment
- ST elevation on leads V1 V2 and V3 maybe acute anterior myocardial infarction
Case Kedua:
Check for the pulse
- Rate, 65/minutes
- Irregular
- Equal on both side
- Variable volume
- No special character
- No peripheral pulsation
- Maybe AF, Atrial Fibrallation.
Mungkin jawapan yang saya peroleh ini tepat cuma sedikit terkilan la bila jawapan tersebut adalah apa yang patient itu sendiri yang menyebutnya. Apapun selepas menulis semua jawapan tersebut, saya kembali memeriksa patient itu dan benar-benar menjumpai sign-sign yang diperlukan itu. Mudah-mudahan untuk kali yang seterusnya saya lebih yakin dan mampu untuk mendapatkan jawapan bagi setiap case yang dilalui. InsyaAllah.
Cardio dah selesai jumpa pula di Round GIT selepas ini. Bittaufeeq buat yang lain-lain yang bakal menduduki final xm tak lama lagi. Moga dipermudahkan insyaAllah.
Jazakumullah Khairan Kathiraa...
Tuesday, May 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hehe.
umah korang pun banyak burung melepaskan najisnyer ke?...hurrmmm. same la ngan umah kitorang. tapi tu la. tak bleh nak salahkan burung tu. kita yang dikurniakan fikiran nila kene fikir2kan penyelesaiannyer. tul tak?...
besela exam camtu. takpe la. hopefully, walaupun xm camtu, mase kite belaja dah dapat the whole skill yang diperlukan. kan x3?
doakan kitorang lak, xm written round community khamis ni.
ameennnnnn
Bittaufeeq wannajah la iqbal-munauwir.
Cadangan daripada Nurul, hamparkan plastik lutsinar di atas jemuran. tahi tak kena debu pun tak melekat kat baju. :)
gud luck.
wslm
He, jangan sedey..tu sume salah satu wasilah Allah nak bantu dalam ujian Alhamdulillah :)
All the best for imtihan
wassalam
Post a Comment