Ahmad Imtihan? Siti Imtihan?
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.
"Nak jumpa Ahmad Imtihan, Siti Imtihan pulak yang datang."
Mungkin camtu la perumpamaan apa yang berlaku pagi tadi. Soalan yang keluar langsung tidak dijangka oleh sebahagian besar pelajar, termasuklah pelajar arab.
Exam yang sepatutnya merangkumi hal-hal berkaitan klinikal namun yang keluar lebih menjurus kepada nazori.
Apa yang diberitahu sebelum ini bahawa soalan-soalan adalah berkaitan tajuk Chest, Cardio, Abdomen, Endocrine dan Rheumato juga tersasar apabila hampir 50% daripada soalan yang dikemukan adalah berkaitan Neuro.
Saya sendiri datang awal ke kuliah kerana tiada makluman berkenaan pukul berapa imtihan akan diadakan, ada yang kata pukul 9 dan ada yang kata pukul 10. Dan akhirnya saya ke kuliah sebelum jam 9 pagi. Sempat berjumpa dengan Majid, salah seorang pewakilan pelajar dan dia mengatakan, "Bitzakir Neuro?" (kau study neuro tak?)
Saya katakan "tidak, kenapa? keluar neuro ke?"
Katanya, "Ana musy areif lakin hum biul kida" (aku tak tau tapi mereka kata begitu"
Pastinya saya tidak sempat untuk mengulangkaji apa-apa daripada Neuro kerana tiada buku neuro yang dibawa bersama.
Apapun begitulah kesudahannya. Sehingga saat saya melangkah pulang, pelajar-pelajar arab sedang mengadakan muzaharah (tunjuk perasaan) di hadapan pejabat wakil kuliyyah.
Sampai bermuzaharah? Ye jangan main-main dengan arab. Kejayaan dalam peperiksaan adalah segala-galanya bagi sebahagian daripada mereka. Pelajar-pelajar Malaysia bersemangat begitukah?
Hingga jumpa lagi. Lepas ini imtihan paediatric pula. Moga kali ini memang Ahmad Imtihan yang ditemui.
Hai... Siti Imtihan, kenapalah kau pula yang datang... :)
Sekian, Jazakumullah Khairan Kathiraa...
13 comments:
salam alaik..
sedih juga bc post ni..kadang2 apa yg kita x sangka masuk exam tu lah yg keluar... namun,moga diberi kejayaan ya dr kadir..ada hikmah disebalik tiap kejadian..moga bertemu ahmad imtihan di paediatric=)
Hehe..
Yang macam ni yang buat kita rasa belajar di MESIR..
tidak begitu?
Kataballahu laka wa lanannajah.. Amin..
Syudda hailak!
InsyaAllah...
Ameen buat doa sahabat-sahabat.
Apapun bagi orang seperti Idil yang studynya dari awal tahun tidak mengenal erti penat dan rehat pastinya tidak begitu terkesan dengan apa yang berlaku. Sekurang-kurangnya kalau tidak dibalas di dunia, pasti sudah ada bahagiannya di sisi Allah hasil penat jerih menuntut ilmu sebelum ini.
Sedangkan bagi mereka yang ahli-ahli peselam(persatuan study last minute). Pastinya akan gembira jika apa yang distudynya last2 minute tu keluar dalam xm yang dihadapi, tapi kalau jadi seperti hari ini, lain yang dijangka, lain pula yang keluar. Frust pastinya.
Jadinya, siapa rugi? ... :)
insya-Allah...mudah2an sumernyer kheir.
doakan kitorang nak xm oral n clinical Peads lak. 200 mark. on wednesday.
thanks.
Salam alaik
ooh..gtu ke citer nye..xpe, i.Allah usaha yg berterusan itu lbh baik...n moga2 mndpat rezeki dariNYA..
..Siti imtihan ye..Nurul..Nor..x de ke. he2.
~bittaufeeq..teruskan usaha hingga ke titisan darah terakhir~
salam...
lihat?
inilah ujian atau imtihan yang sebenar...
yang meletakkan keadilan pada bahu si penuntut ilmu...
kalau dia bersedia lebih daripada sekadar imtihan, maka tersenyum syukurlah dia...
kalau kita insan lemah yang meletakkan syarat dlm menuntut ilmu (sekadar untuk lulus bab2 yg dituntut), maka tersenyum redhalah kita...
nampaknya, kalau imtihan dunia tadi menguji ilmu medic, maka imtihan akhirat mengajar ilmu redha dan syukur...
[sedih,saya pun masuk glgn kedua]
semoga hari ini lebih baik dari semalam..dan semoga esok masih ada..dan semoga hari2 mendatang dapat kita jadikan hari2 yg lebih baik dari hari ini dan semalam...melalui pengajaran dan pengalaman semalam sebenarnya ade hikmah dari YG ESA semoga anta lebih berhati2 dalam segala urusan kehidupan utk dunia dan akhirat...selamat berusaha,berdoa & bertawaqqal.
memang mudah mengatakan sabar kepada orang yang diuji kerana kita tidak berada di situasi dia.tapi kalo x ckp sabar nk ckp apa lg kan abg kadir?sabarlah.fasobrun jamil..[ya Allah kami berlindung dari ujian2 yang kami x mampu menanggungnya..amin]
Yerp zool dan setiap kali ditimpa ujian pastinya pelbagai reaksi yang akan kita berikan.
Ada yang mengeluh dan mempersalahkan takdir
Ada yang tak kisah, lalu je la dengan seadanya. pasrah dan redha.
Dan ada pula yang menyambutnya dengan gembira, sekurang-kurangnya ia peluang untuk dekat dengan Tuhan apabila dapat melalui dengan baik.
Seeru ala barakatillah, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. :)
Emm artikel terbaru saifulislam pastinya banyak memberikan pengajaran buat semua.
http://saifulislam.com/?p=2070
dalam kesukaran indah bila dapat tersenyum seketika... :)
allah jua yang menjadikan manusia menangis dan ketawa..53:43
moga terus tabah mengharungi minit-minit imtihan
erm, patut lah tak ramai yg sudi jadi student medic ya =P
salam alaik..
hmmm bnda ni da biasa di lalui..
lecturers kata siti yg nk dtg..
tiba2 mamat lak yg tiba..
haih sgguh kecewa~
tp bagus ny 2 la cara lecturers nk trace student yg study sume bnda n students yg study last minute sprti sy~
2 bru la test nama ny kn..
expect the unpected
nnt kalo kt dunia nyata..
kita bkn ny tw esok nk jd pe..
leh study b4 2..
surrender now or prepare 4 trouble!!
aja aja fighting!!
moga terus berkaya n di beri kemudahan utk terus berjuang
typing error..
BERJAYA not BERKAYA~
siti imtihan ye.. hahaha... funny. good luck anyways.. (=^_^=)v
Post a Comment