Friday, June 13, 2008

Mohon Permisi...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.


Peperiksaan MCQ clinical medicine akan dihadapi pada 16 Jun ini. Walau markahnya mungkin tak banyak namun masih memerlukan saya bersedia dengan sebaik mungkin. Justeru blog ini juga perlu ditinggalkan buat sementara waktu. Mohon doa daripada semua untuk saya menghadapi peperiksaan ini dengan baik. Sementara ketiadaan saya ini, saya seronok sekiranya kita dapat berbincang apa-apa di shout box di sebelah untuk berbicara apa sahaja isu yang mungkin boleh menghidupkan sedikit suasana di blog ini,rasanya ramai juga sahabat-sahabat dan junior-junior shams saya yang selalu berkunjung ke sini, namun tidak pula meninggalkan jejak atau apa-apa di sini. Seronok jika dapat mendengar cerita dan khabar sahabat-sahabat yang mungkin sudah sekian lama tidak bersua.

Baiklah, sekali lagi minta doa dari semua. Sebelum tu, ada satu teka teki,

Ada seekor katak ajaib. Keanehan katak ini adalah, setiap kali ia melompat, ia akan dapat mencapai jarak separuh daripada jarak lompatan sebelumnya. Justeru berapa kalikah katak ini akan melompat untuk sampai kepada jarak satu meter sekiranya lompatan pertamanya adalah 50cm.

Key jawab la ya.

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

5 comments:

Dr Kadir said...

Hai...

Memang takder yang nak jawab ke teka teki ni...

Hadiahnya, sape boleh jawab dapat katak ajaib ni, akan terus sampai ke pintu rumah,delivery... hihi :)

jawab je la...

Anonymous said...

katak tu... lompat 10 kali... [ eunsuh ]

elfaqiha said...

macam soalan janjang aje - yg sudah ditingalkan bertahun2 lamanya...

erm, katak tersebut perlu lompat 32 kali?

Anonymous said...

Katak itu tidak akan sampai... betulkan?

Dr Kadir said...

Ya, katak tu takkan sampai ataupun akan melompat sehingga infiniti... :) tahniah