Wednesday, June 18, 2008

Bersama Aa...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua.


Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Sejauhmana ya kita mengganggap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini adalah ibadah kepadaNya. Jika sahabat-sahabat mengenali seorang pendakwah dari seberang, AA Gymnastiar yang pernah bercerita berkenaan adiknya Agung.

Dalam kejayaan demi kejayaan yang ditempa beliau,prestasi yang baik dalam pelajaran dan kepimpinan, dia punya seorang adik yang lumpuh. Dia sangat menyayangi adiknya dan sentiasa membantu adiknya untuk bergerak ke mana-mana. Pendengaran adiknya juga kurang dapat mendangar kerana penyakit yang dialaminya itu namun cukup bersemangat untuk ke kuliah, ke masjid dan sebagainya.

Suatu hari Aa bertanya, "Dik, kenapa mahu ke kuliah sedang telinga sudah kurang dapat mendengar?"

Lalu adiknya menjawab, "Aa, kuliah itu ibadat. Saya masih belum tentu akan punya umur atau tidak. Tapi saya masih mahu menyempurnakan kewajipan saya"

Suatu ketika Aa kembali bertanya "Dik kenapa tidak pernah mengeluh?" melihatkan kesulitan yang dihadapinya untuk menjalani kehidupannya sehari-hari.

Lalu adiknya itu menjawab, "Kenapa mahu mengeluh Aa? Allah telah menciptakan sesuatu dengan sebaik-baiknya. Kalau orang lain bisa dapat banyak buat kebajikan dengan melakukan kebaikan, moga dengan bersabar ini dapat saya jadikan bekal pulang."

Kata Aa, walau adiknya ini seorang yang lumpuh,namun bicara bersahaja adiknya ini sentiasa memberikan kesedaran buat dirinya dan memberikan inspirasi kepada dirinya untuk berubah menjadi Aa seperti hari ini.

Moga ia juga menjadi inspirasi buat diri kita. Ya mengapa mahu mengeluh dengan semua ketentuannya sedang itulah yang terbaik buat diri kita, Moga dengan kesabaran itu kita semakin dekat denganNya. Bergembiralah dengan ingatan Tuhan kepada kita...

Jazakumullah Khairan Kathiraa...

Video ini mungkin boleh lebih mengenalkan kita dengan Aa Gym

2 comments:

Sang Kelana said...

Jika mahu mendengar tausiyah Ust Aa Gym secara online dan live, boleh layari http://www.qommunityradio.net/.. kebiasaannya ada lintas langsung rancangan MQ pagi. boleh tgok website tu utk waktu siaran tempatan cairo, atau eropah atau waktu jawa barat..

penyampaian Ust Aa sangat mendalam, boleh sebak dan terkadang tak perasan mngalir air mata.

radio ni jd radio online wajib ana.nasyid2 yg mntop.ralat radio malaysia pon x sebest ni.IKIM kalah rasenye..

ps:(isy dh rase cam warga indonesia plak =P)
pps:politik malaysia makin hangat O_o;
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Frontpage/20080618142240/Article/index_html

Dr Kadir said...

thanx akhi utk perkongsian