Wednesday, June 11, 2008

Lelaki itu...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaykum dan salah sejahtera buat semua.


Seusai menunaikan solat Maghrib di Masjid Ahmad Ibrahim saya duduk bertafakur seketika, memerhatikan tempat sujud, mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir mengingati yang esa. Seketika saya melemparkan pandangan ke luar masjid. Lalu terlihat kelibat seorang arab yang melambai-lambai dan menunjuk-nunjuk ke arah saya.

Saya memerhati ke kiri dan kanan, tiada yang lain di situ, lalu saya mengisyaratkan telunjuk ke dada sendiri sambil menyebut perlahan, "ana?"

Lelaki itu mengangguk dari kejauhan. Saya kembali melihat kiri dan kanan. Memang benar tiada siapa lagi yang berada hampir dengan saya ketika itu. Hanya saya. Dari jauh saya mengamati wajah lelaki itu, akhirnya terlintas di benak saya, "Akhi Khalid!"

Dengan tersenyum saya bersegera mendapatkannya. Dia menyambut saya dengan senyuman yang cukup manis. Kami berjabat tangan berpelukan menandakan begitu lama tidak berjumpa.

"Wahishtani ya akhi, kunta feen?" tanya Akhi Khalid, jelas di matanya tergambar kerinduan setelah sekian lama tidak bersua.

"Wa ana kamaan ya akhi, ana maujud fil masr lakin kuntu daiman bisolli fil Hidayah" memang dahulunya saya kerap solat di Masjid Ahmad Ibrahim ini apatah lagi rumah sewa saya ketika itu betul-betul di hadapan masjid ini. Di sinilah saya mula berkenalan dengan Akhi Khalid, belajar bersama mengaji dengan Syeikh Khalid, guru mengaji saya di Mesir dan juga merupakan imam di masjid tersebut. Selepas pindah ke rumah yang agak jauh daripada masjid itu dan Syeikh Khalid juga sudah tidak lagi menjadi imam di situ saya semakin jarang ke masjid itu dan begitu jugalah jarangnya untuk saya berpeluang untuk bertemu dengan Akhi Khalid yang sememangnya selalu bersolat di situ sekembali daripada kerjanya di Markaz Auram (Pusat Kanser).


Ini gambar ketika di rumah kedua kami di Mesir ini, Akh Khalid pernah datang ke sini menziarahi kami


Nak minum apa akhi?

Mudanya Hamdan ketika ini.


Kami berbual-bual, bercerita tentang keluarga, sahabat-sahabat saya yang juga merupakan sahabat-sahabatnya, berkenaan pertukaran kerjanya yang kini telah dinaikkan pangkat, anaknya kini yang sudah masuk empat orang dan beberapa perkara-perkara lain lagi. Terasa nikmat berbicara setelah lama tidak mendengar khabar dan berita. Dan di akhir pertemuan itu, selain menyampaikan salam kepada semua sahabat terutama Idil yang amat diingatinya dia sekali lagi menyatakan harapannya untuk kembali mengajak kami ke rumahnya di El Marg untuk berjumpa keluarganya dan makan bersama.

"InsyaAllah akhi, jika diizinkannya kami akan ke sana, menziarahi akhi sekeluarga." begitulah lontaran janji saya kepadanya.

Walaupun usianya mungkin begitu jauh berbeza dengan kami, namun ia pastinya tidak menjadi halangan untuk kami bersahabat. Setelah berdoa semoga dipertemukan lagi, Akhi Khalid akhirnya meminta diri untuk kembali kerumah meninggalkan saya yang masih lagi terkenang kisah-kisah lalu kami bersama.Moga persahabatan yang terbina diredhai dan diberkati olehNya. Ameen ya Rabbal Alamin...

Jazakumullah khairan kathiraa...

No comments: