Ahmad Imtihan
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaykum dan salam sejahtera buat semua
Tulisan Idil untuk dikongsi dengan semua...
Setiap soalan ada jawapan jika sungguh-sungguh dicari. Kita perlu menjawab beberapa persoalan hidup agar jawapan kepada persoalan-persoalan itu nanti mampu menjadi pemandu yang akan membawa kita ke destinasi impian semua; kejayaan.
Bagaimana anda memandang peperiksaan atau imtihan? Sudikah kita menerima imtihan sebagai kawan? Mari berkhayal bersama saya seketika. Bayangkan peperiksaan benar-benar menjelma sebagai seorang kawan. Luangkan masa anda sebentar untuk saya kongsikan cerita saya bersama kawan yang bernama ‘Ahmad Imtihan’ @ Imtihan.
Melihat saat-saat indah seseorang menggapai kejayaan, membuatkan akalku ligat meneka, tentu mereka ada hubungan yang istimewa dengan Imtihan. Aku pasti mereka menanam impian untuk bertemu dengan Imtihan sejak dari hari pertama masuk ke kuliah. Aku yakin mereka mesra dan selesa melayan Imtihan. Maklumlah, Imtihan bersikap ‘jual mahal’ dan memilih kawan. Siapa yang lambat panas atau suka bertangguh tidak layak dijadikan kawan.
Setiap hujung tahun aku ingin menemui Imtihan. Tarikh keramat itu telahpun kubulatkan sebesar-besarnya agar aku sentiasa tahu bahawa masa sedang berjalan. Persiapanku harus selari dengan pergerakan masa. Kadang-kadang aku menyesal lalu memarahi masa kerana berjalan laju. Hakikatnya langkahku yang lesu dan kaku. Itulah masa, seronok diisi dengan rehat sehingga datang saat genting, rehat pun tidak seronok lagi. Usahaku mestilah dari awal sehingga akhir!
Peliknya, banyak pula kawan yang ‘murah’ ingin menjadikanku kawan. Mereka duduk di tengah-tengah laluanku yang sedang bersemangat menuju ke arah Imtihan. Siapa yang tidak marah, puas aku berlari semakin dekat aku diekori. Saat aku berenggang dengan Tuhanku, aku pasti tunduk menyerah pada kawan-kawan murahan ini. “Tinggalkan dahulu ilmu, ayuh kita melayan nafsu”, itulah pujukan mereka. Kalaulah mereka tahu bahawa tiada istilah kenyang bagi nafsu tentu dijauhi nafsu itu beribu-ribu batu!
Cukuplah catatan ringkas ini aku garapkan. Hajatku agar kalian mengubah persepsi terhadap Imtihan. Kita yang sedang mencari mereka, bukan mereka yang mengejar dan menghambat kita. Kita wajib bersemuka dengan Imtihan dan ketika itu serahkan diri secara total untuk diuji sejauh mana keikhlasan dan persediaan untuk memenangi hati Imtihan. Imtihan bukan bodoh untuk mengenal kita. Si pemalas, si penangguh dan si penidur semuanya boleh dikenalpasti oleh Imtihan. Aku malu jika dilabel sehina itu!
Seandainya aku mati dan tidak sempat bertemumu imtihan, ketahuilah bahawa aku sudah menjual seluruh hidupku untuk menuju ke arahmu. Tanyalah Allah, tanyalah bebintang dan tanyalah beburung, mereka saksi segala lelahku. Malah aku pasti, redha Tuhanku lebih tinggi daripada persahabatan sementara kita ini wahai Imtihan. Syurganya menanti orang yang gigih dan ikhlas menuntut ilmu walaupun ditakdirkan gagal dalam PEPERIKSAAN. Semoga bertemu Imtihan!
(Dedikasi kepada tuan blog dan sahabat dunia akhirat yang lain)
http://drkadir.blogspot.com
9 comments:
salam drkadir dan penulis Ahmad Imtihan..
sesungguhnya sy sgt tersentuh bace bait2 'petikan' ini..
jazakumullah khairan kathira.
mungkin juga rasa teramat dekat d hati krn kita sememangnya students dan bersahabat@bermusuh dgn Test/ujian/Final etc..
saya minta izin utk paste kan petikan ini ke www.musliminvolgograd.com dan in my blog.. bolehkan?
salam alaik...
syukran jazilan for d post..really inspiring..
tmbh2 nk dekat exam ni..mkn byklah dugaan malas dan x bersemangat melanda diri...
selamat menjalani imtihan dr kadir..
moga sama2 dipermudah dlm menjawab soalan=)
Itulah harapan penilis. moga dapat dimanafaatkan.Silakan
Key sambung study... :)
salam...artikel yg really2 menyedrkn..slama ni ana slalu fikir imtihan ni klau xde kn senang..tp bila dh bc artikel ni, ana br sedar bhwa imtihan memg pnting utk dirapati spnjg masa dan bukn hanya bila dh btul2 dkt dgn imtihan brula nk rapat dgn imtihan..jzkk..
Assalamua'alaikum..
waaa..artikel yg betul2 'kaw'
...slalu pk nak lr je dr imtihan.. garapan yang amat bermakna..moga2 dpt terus brsemangat n usaha lg.. sama2 doakan kejayaan semua..
adik2 yang masih bertatih ini juga~
syukron, artikel yang dekat di hati. Rindu pulak pada imtihan si sahabat ayang akan sentiasa berkunjung tepat pada masanya.
Si sahabat yang setia datang menemui kita, cuma kadang-kadang kita je yang sambil lewa untuk bertemu dia. Isk3..
Seronok jugak bila bayangkan macam Dr Kadir mintak ni :)
Alhamdulillah, syukron
Ye doakan kami yang akan berjumpa imtihan 'kecik' esok :)
salam mr.pres..
izin copy kan artikel ni kat blog..time kasih..gud luck exm!!
rabbuna najahkum..ameen
slm..
artikel yg bagus...=)
Post a Comment